Tuesday, 17 April 2012

Column utk Share Resepi

Tergerak lah hati ida nk buat satu column khusus utk share resepi...
insya'allah yg baik tu boleh lah kita kongsikan...

Ida akan update...utk setiap resepi2 yg baru...


Air Kacang Soya


Bahan2 yg diperlukan:
1 cawan kacang soya (rendam semalaman)
5 cawan air
1 cawan gula
2 helai daun pandan

Cara:
Kacang yg telah di rendam semlaman, diramas dan buang kan kulit nye...
blend kacang dgn air dan tapiskan...buat sehingga siap
rebus bersama daun pandan dan tambahkan gula,
siap dan boleh di hidangkan panas2.


Dadih Aneka Rasa



Bahan2 utk dadih:
1 paket Creamer (ida guna Coffeemate sepaket 450gm tu)
atau boleh gantikan dgn 7 cwn susu tepung (tak kisah lah brand apa pun)
1 tin susu cair (jika guna creamer, tujuannya utk rasa yg lebih lemak berkrim)
3 cawan gula (bleh tmbh jika suka manis)
1 paket serbuk agar-agar cap burung layang2
3 liter air (sukat dgn botol 100 Plus 1.5liter tu, letak lah 2 botol)

Bhn aneka rasa:
Ibu Kordial (yg ada pewarna dan rasa tu) atau milo atau esen vanilla

Caranya:
Campur ke semua bahan kecuali bhn aneka rasa, masak dgn api kecil dan sehingga mendidih.
bila dah siap asingkan ke beberapa bekas utk di campurkan dgn bhn perasa pilihan anda, pindahkan ke cup kecil2 dan sejuk kan...
bila dah sejuk sumbat dlm fridge...sedap mkn bila dah dingin...selamat mencuba :)


Wedges with Cheezy sos




Cara nak buat wedges:
6-7 biji kentang tanpa dikupas kulit (dicuci bersih2 dan direbus bulat2 dlm periuk)

agak2 kentang dah separuh lembut, keluarkan dan belah dua kemudian potong serong)
kentang yg dah siap dipotong serong dimasukkan ke dlm mangkuk besar dan campurkan bhn2 berikut:
sedikit tepung gandum
lebih sedikit tepung jagung
garam
serbuk kari
serbuk cili atau gantikan dgn lada hitam yg di tumbuk
daun parsley
gaul rata dan percik kan sedikit air utk tepung tu melekat di kentang
goreng dgn minyak yg panas.

Cara nk buat Cheezy Sos:
kena order dgn ida lah... hehe...(tgk kat side bar ida tu yer, harga pun dah tersenarai)
klu dah ada tepung cheezy sos tu, cuma campurkan dgn air panas dan kacau rata...
tuangkan di atas wedges anda bersama sos thai dan mayonis putih...


Karipap Inti Sardin



Bahan utk kulit karipap:
500gm tepung gandum
2 sudu margerin + dgn sedikit minyak (panaskan dgn api kecil)
1 cwn air yg dicampurkan dgn sedikit garam

caranya:
masukkan tepung gandum di dlm mangkuk...buatkan lubang di tengah2 tepung utk di masukkan minyak dan margerin yg di panaskan td...
dgn perlahan2 adukkan smua bhn secara crumble
tuang kan air sedikit2 dan boleh uli jika smuanya dah sekata.

bulat2 kan tepung dan canaikan mengikut besar yg di mahukan...
masukkan inti dan kelim (jika tak mahir kelim, tekan je guna garfu)
goreng dlm minyak yg tenggelam dan petuanya jgn menggoreng waktu minyak tgh panas...nnti karipap jd mcm katak puru (menggelembung kulitnya) hehe

Inti Sardin:
satu tin sardin kecit
2 biji kentang
sedikit serbuk kari
sedikit lada, bwng besar dan putih utk di blend
sedikit air
Tumiskan bhn blend hingga agak garing, msukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau lagi.
masukkan ubi kentang...agak2 nak empuk tu masukkan sardin, kacau rata2 dan masak hingga kering..
Siap. tunggu sejuk baru bleh di gunakan untuk inti karipap.


Pizza Tuna





Sejak ida share picture pizza ni dlm blog column main masak2 tu...
ramai pulak dari kalangan sahabat2 ida bertanyakan resepi...mmg best doh pizza ni sbb still lembut walaupun time sejuk. Thank gak pd en Mat, sbb share resepi ni...cumanya ida tukar topping pizza kpd Tuna (yg ini mmg ida reka sendiri yer)...gabungan yg mantap.

Meh tgk penyediaan bahan2 nye:
300 g tepung gandum
6 g instat yeast (Mauripan yis-guna half jer)
20 g mentega
10 g gula halus (ida guna gula perang sbb mls nk blen gula)
1 camca teh bread improver (optional) – (ida tak guna pun…doh lembut dan naik gak)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA :-)
1.   UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
  1. UNTUK TOPPING PIZZA :- 1 tin pendek tuna flakes, crab meat 5 btg, sosej 3 btg, sebiji bawang besar potong dadu, mayonis thousand island, mayonis putih…cmpur smua letak sedikit garam…tabur di atas pizza dan letak mozzarella cheese…dan taburkan parsley…bakar 20min 190’C….hidang panas2…
Lasagna



Ini pun mknan favourite gak...klu nak mkn kat luar mmg tak berbaloi2...bukan takat anak2 jer yg suke, ibu nye yg lebih...klu ikut cara ida mmg buat ikut sesedap rasa je...

Bahan2 nye:
5 kepingan lasagna

Untuk tumis:
1 paket daging kisar (ida guna RAMLY)
1 bawang besar (potong dadu)
2 ulas bwng putih (diketuk)
sedikit lada kering
2 sudu butter utk menumis
parsley
sedikit puri tomato
sedikit garam
parutan mozarella
(semua bhn2 ni di masak, mcm nk buat sos spagethi tu...cumanya keadaannya yg sedikit kering).

Sos putih:
1 cawan susu
1 sudu butter
1 sudu tepung gandum
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit garam
(masak susu, agak2 panas masukkan butter dan kacau rata...masukkan tepung, lada hitam & garam...kacau sehingga agak2 pekat)

caranya:
rebus sekejap kepingan lasagna
di dalam loyang/ mangkuk pyrex letakkan lapisan pertama daging kisar td, kemudian kepingan lasagna, parutan mozarella dan akhir nya sos putih. Teruskan melapis sehingga habis.
Bakar pd suhu 190'C selama 25min. yum..yumm...jemput mkn yer


Sphagetti Carbonara



Ini mkanan kegemaran husband ida...kuah nya dari susu, mknan memberi tenaga dan sihat...hehe

bahan2nya:
spaghetti (ida suka yg angel hair, sbb lebih halus dan mudah lembut bila rebus)
isi ayam di potong dadu
udang di kupas smua kulitnya
sosej di potong sedikit serong
lada hitam
3 sb tepung gandum
2 cwn susu
1 tin cendawan butang (separuh di blend sedikit dan separuh lg di hiris2)
sedikit kiub ayam
daun parsley
butter utk menumis
bawang besar di potong dadu
bawang putih di ketuk
sayur brokoli (biasanya ida letak, tp hari tu takde pulak)
sedikit garam
sedikit keju mozarella

caranya:
cairkan butter, masukkan bawang tumis sehingga naik bau
masukkan isi ayam dan kacau2. masukkan tepung dan kacau rata2...
masukkan sedikit air dan juga susu.
masukkan cendawan dan kiub ayam. kacau rata2 sehingga didih.
tambahkan udang dan brokoli juga sosej. taburkan daun parsley dan lada hitam
rasakan garam dan biarkan seketika. boleh dihidangkan bersama dengan spaghetti yg dah siap di rebus tu...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah komen...